Kelas Pengenalan Kepada Microsoft Word 2013
19 Oktober 2015 | Aktiviti TerkiniPada 18 Oktober 2015, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan kelas sambungan Pengenalan kepada Perisian Microsoft Word 2013 bertempat di Pusat Internet Kampung Pandan. Program ini bermula pada jam 10.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari yang telah disertai oleh 11 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak Kampung Sekambal berusia 13 tahun kebawah. Kelas pengenalan Perisian Microsoft Word 2013 bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta kaedah menggunakan perisian Microsoft Word 2013 dan menilai sejauh mana pemahaman para peserta melalui latihan yang disediakan.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
•Mendedahkan peserta kepada Microsoft Word 2013 dan penggunaan perisian tersebut untuk kehidupan harian.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
•Latihan Microsoft Word 2013
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: